Sejauh manakah
Kaki bisa melangkah
Tanpa hidayah
Dan jua inayah dari
Allah
Apakah kau tegar
membiarkan saja
hatimu terus
terpalit noda
Mengapa hanya berpeluk
tubuh
Sedangkan senja bakal
berlabuh
Dedaunan kan kering dan
luruh
Sampai bila harus
begini
Tak terdetikkah untuk
kembali
Usah hanya terpaku
menunggu seru
Sesungguhnya hidayah
itu perlu diburu
Tajuk:
Hidayah Itu Perlu Diburu
Lirik/Lagu:
Sof Murabbi
Alhamdulillah
di bulan Ramadan ini, idea untuk menghasilkan karya datang mencurah-curah.
Sebenarnya saya masih bertatih dalam bidang penghasilan lirik lagu khususnya
lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan dan nasyid. Banyak lagi yang perlu dipelajari
dalam meningkatkan mutu penulisan.
Idea
mula tercetus saat saya terbaca sebuah artikel berkenaan dengan hidayah atau
petunjuk. Artikel itu menyatakan bahawa hidayah itu merupakan hak Allah. Dia
hanya memberi kepada insan-insan yang terpilih.
Sesiapa
yang menginginkan hidayah dari Allah maka hendaklah dia berusaha mencarinya
dengan penuh kesungguhan. Hidayah takkan datang sekiranya kita hanya menunggu
tanpa berbuat apa-apa. Ibarat menunggu rezeki turun dari langit walhal tiada
sebarang usaha yang dilakukan.
Justeru,
saya mencipta lagu ini untuk sama-sama kita sedar bahawa sinar hidayah takkan
muncul andai kita tidak berusaha mencarinya. Sekiranya kita terpilih mengecapi
hidayah maka jagalah ia sebaiknya agar Allah tidak mencabut hidayah dari hati
kita.