Khamis, 25 Oktober 2012

Raya di UUM

Berhari raya di perantauan, suatu pengalaman yang indah. Raya haji tahun ni tak merasalah suasana raya di kampung.  Terasa belajar di luar negara walaupun hakikatnya suasana tidak sama seperti Mesir, Jordan atau negara lain. Mana tidaknya, Pak Arab dan foreigner yang  lain lebih ramai dari pelajar Malaysia. Tambahan pula, khutbah kedua disampaikan dalam Bahasa Arab. Walaupun kurang faham tetapi menusuk kalbu. Terasa benar berada di negara timur tengah.

Bersama rakan-rakan yang turut beraya di UUM
Bergambar di hadapan masjid

            Emak dan ayah kini sedang menunaikan fardhu haji. Manakala adik-adik sedang berseronok menikmati suasana raya bersama saudara mara di kampung. Saya pula hanya beraya bersama rakan karib tanpa keluarga disisi. Namun tiada pun perasaan sedih. Cuma rindu nak makan lomang dan rondang nogori.

Sodap eh ekau makan
            Kini, hanya menghitung hari untuk berangkat ke Beijing, China. 29 Oktober ini, saya dan rakan-rakan mewakili Kelab Pentadbiran Muamalat dan UUM akan mengadakan lawatan di sana. Lawatan sambil makan angin. Doakan kami semoga selamat dan program berjalan dengan jayanya.


Rabu, 24 Oktober 2012

GEMPAK 2

Para AJK program-senyum...
Explorace-tekun mendengar arahan
Selesai explorace- meredakan kepenatan
Rakan-rakan dari UM-Walaupun bilangan wakilnya sedikit tetapi kesungguhan mereka sangat tinggi
Rakan-rakan dari USIM- "semua pandang kamera, senyum..."
Aktiviti riadah- belajar memanah kerana itu adalah sunnah


GEMPAK



Gabungan antara 3 universiti-bakal pencetus perubahan

Alhamdulillah program Gemilang Muamalat-Pemangkin Aspirasi Kampus (GEMPAK) dapat jua direalisasikan. Hampir dua minggu masa berlalu. Pasti meninggalkan banyak memori indah. Ukhuwah yang terjalin antara 3 universiti (UUM, UM dan USIM) takkan dilupakan begitu sahaja.

Walaupun banyak cubaan dan halangan yang terpaksa dilalui bagi merealisasikan program tersebut, namun ia tidak mematahkan semangat kami sebagai penganjur untuk meneruskan program tersebut. Segala kekurangan, kelemahan dan masalah itu adalah perkara biasa dalam menguruskan sesuatu program.

Walaupun ada pihak yang melontarkan kritikan, namun saya menganggap ianya sebagai satu teguran atau pandangan yang membina untuk memperbaiki kelemahan dan kesalahan yang lalu. Memang benar, kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak, tetapi apa yang penting kita telah lakukan sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik.

Antara sahabat yang turut menjayakan program dalam slot "explorace"-Jazakumullah

Pernah seorang rakan meluahkan perasaannya kepada saya, " Sepanjang saya melaksanakan tugas, walaupun sebaik mungkin namun kerja saya tidak pernah dihargai orang,” katanya dengan nada kecewa. Saya membalas, “ Kalau kita melakukan sesuatu untuk dihargai dan dipandang oleh manusia, namun manusia itu tidak menghargai apa yang kita lakukan maka hanyalah kekecewaan yang kita dapat.” “Tetapi kalau kita melakukan kerana Allah, biarpun kerja kita diperlekeh dan tidak dihargai, kita tidak akan kecewa. Kerana kita mengharapkan balasan dan rahmah dari Allah, bukan dari manusia,” tambah saya lagi.

Sepanjang saya memegang jawatan di kampus ini, memang banyak pengalaman pahit dan manis yang dirasai. Kata orang, itulah rencah kehidupan. Pengalaman adalah guru. Pengalaman juga adalah bekal untuk kita menghadapi masa akan datang.