Sabtu, 22 Jun 2013

Jamuan Kesyukuran Kumpulan Qasidah Soutul Fateh

Pada 21 Jun 2013, satu majlis kesyukuran telah diadakan bagi meraikan kejayaan kumpulan qasidah Soutul Fateh dalam melakukan beberapa persembahan. Kumpulan yang baru ditubuhkan hampir sebulan yang lalu, telah bergerak di bawah naungan Pusat Islam, UUM. 

Jutaan terima kasih dan jazakumullahu khoir kepada semua yang menyokong dan membantu dalam membangunkan kumpulan Soutul Fateh terutamanya rakan-rakan seperjuangan, Ummi Khairiah, dan tenaga kerja Pusat Islam yang lain.






Selasa, 18 Jun 2013

Bersama Syeikh Nuruddin di UUM

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Untuk kali kedua, kumpulan qasidah Soutul Fateh membuat persembahan sempena program bersama Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki. Bersyukur kerana dapat menimba pengalaman yang cukup berharga selain mendapat ilmu yang berguna dari Tuan Guru Syeikh Nuruddin sendiri. Program telah berlangsung pada 18 Jun 2013 bertempat di Masjid Sultan Badlishah, UUM.

Poster program
Menyambut kedatangan Syeikh Nuruddin
Persembahan qasidah sebagai pembukaan majlis
Masa untuk makan tengah hari
Kenangan bersama Tuan Guru
Beliau dan anaknya
Pengarah Pusat Islam mengiringi kepulangan beliau
 
Bergambar seusai program

Persediaan Sebelum Persembahan Qasidah







Sabtu, 15 Jun 2013

Persembahan Qasidah Pertama

Alhamdulillah, kumpulan qasidah Soutul Fateh telah menerima jemputan dari Sahabat Masjid Imam Asy-Syafie pada 15 Jun 2013 yang lepas. Ini merupakan pesembahan pertama bagi kami. InsyaAllah pada 18 Jun akan datang akan membuat persembahan yang kedua sempena program bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari.


Kenangan bersama rakan-rakan seangkatan di Hotel EDC

Persembahan buat kali pertamanya

Bersama sahabat satu negeri Pahang

Sabtu, 27 April 2013

Program Bengkel Pendakwah Muda 2013

Sekali lagi Tuan Yusry dan rakan baiknya Tuan Zusof Kan memenuhi jemputan ke UUM bagi menghadiri Program Bengkel Pendakwah Muda pada 26 April 2013 yang lalu. Program ini merupakan anjuran bersama Kolokium Pusat Islam (KPI), Sahabat Masjid Badlishah (SAHAM), Sahabat Masjid Imam Asy-Syafie (SMIAS), PERKIM, Dewan Amal Islami (DAMAI) dan Kelab Pentadbiran Muamalat. 


Tuan Yusry Yusopp
Ia menggabungkan peserta dari seluruh badan kerohanian yang terdapat di UUM termasuk yang mewakili Kerohanian Dewan Penginapan Pelajar. Ia bertujuan memupuk semangat kerjasama dan kesatuan dalam kalangan ahli badan kerohanian di UUM. Antara fokus utama program ini ialah mengenai pengendalian usrah secara efektif dan kreatif.

Tuan Zusof Kan
Melalui program ini, Tuan Yusry cuba mencungkil cerita dan pengalaman dari para peserta tentang seseorang dan ciri keistimewaannya yang telah mendorong ke arah perubahan diri. Seterusnya beliau mendedahkan ciri-ciri yang perlu ada pada diri para murabbi/ah atau nuqaba melalui penceritaan pengalaman oleh beberapa orang peserta.

Dalam slot kedua pula, para peserta diberi tugasan dalam menangani beberapa situasi. Setiap kumpulan harus melantik seorang naqib/ah, seorang anak usrah dan seorang pemerhati bagi menilai cara yang digunakan oleh naqib/ah dalam menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh anak usrah. Ia diselangi oleh penerangan oleh Tuan Zusof yang mendedahkan tentang teknik Rasulullah dalam menasihati dan menegur para sahabat baginda berdasarkan hadis-hadis sahih.

Latihan dalam kumpulan
Seterusnya program diteruskan lagi dengan tugasan individu dan berkumpulan. Bagi tugasan individu, peserta dikehendaki menyenaraikan 30 kegunaan pensel selain menulis, melukis dan menconteng. Manakala bagi tugasan berkumpulan pula, setiap kumpulan harus menyenaraikan 10 cara untuk mengelakkan diri dari gigitan nyamuk selain dari menggunakan ubat nyamuk dan memasang jaring.

Perbentangan tugasan-permainan dalam usrah
Slot terakhir pula, para peserta ditugaskan supaya mencipta 5 permainan yang boleh diaplikasikan ke dalam usrah. Program berakhir pada jam 5.30 petang.

Rabu, 10 April 2013

Program: Nadwah Kepimpinan Islam / Tarikh: 4-6 April 2013 / Tempat: Pulau Langkawi / Anjuran: Pusat Islam UUM
 
Ketibaan di jeti
Menginap di De Baron Resort
Bergambar dengan salah seorang sahabat
Sempat bergambar dengan si comel dari Morocco yang menjadi perhatian ramai
Tadabbur alam di kawasan paya bakau
Mengukir kenangan di Dataran Helang

Jumaat, 29 Mac 2013

Membongkar Kesesatan Syiah

Program: Kuliah Pemantapan Akidah; The Truth "Membongkar Kesesatan Syiah" / Tarikh: 29 Mac 2013 (Jumaat) / Masa: 8 pagi-5 petang / Tempat: DKG 4/1 / Anjuran: Kelab Perkim UUM dengan kerjasama Sharing Islam Team (SIT) / Gambar: Sebahagian foto diambil dari https://www.facebook.com/KelabPerkimUumOfficial

Poster program
Ustaz Hassan Bin Hussain menyampaikan ceramahnya bagi slot yang pertama
Penyerahan Warta Kedah oleh Ustaz Zaree kepada wakil bagi setiap DPP
Slot kedua disambung oleh Ustaz Zulfadhli Bin Yusof
Slot terakhir diisi oleh Ustaz Abdullah Din
Mengambil perhatian sepenuhnya
Antara sahabat yang hadir

Rabu, 27 Mac 2013

Bengkel Pengurusan Harta Pusaka dan Faraid

Tarikh: 26 Mac 2013 (Selasa) / Masa: 9 pagi-12 30 Tengah hari / Tempat: Auditorium Perpustakaan Sultanah Bahiyah / Anjuran: Kelab Pentadbiran Muamalat / Penceramah jemputan: Dr Nasri Bin Naiimi (Pensyarah Jabatan Pentadbiran Muamalat, IBS)


Pendaftaran
Selamat datang ke Auditorium PSB
Majlis dipengerusikan oleh Saudara Akrimin
Saudara Alip Tumiran, Exco Informasi sedang menjalankan tugas
Ustaz Nasri Naiimi sememangnya ahli dalam bidang Harta Pusaka dan Faraid
Antara dalil berkenaan dengan harta

Jaulah: Tadabbur Alam sekitar UUM

Tarikh: 24 Mac 2013 (Ahad) / Masa: 5.30 petang- 6.30 petang / Tempat: Sekitar UUM


Tunjuk arah
Kehijauan yang mendamaikan
Melihat suasana hijau
Taman Cinta Dewa Dewi, bersebelahan dengan Dewan Muadzam Shah, UUM
Singgah di wakaf Taman Cinta Dewa Dewi
Taman Botani UUM
Kafeteria Botani
Menuju ke DKG 4
Kawasan hidupan rama-rama
Usaha pertanian