Sabtu, 23 Februari 2013

Pendakian ke Gunung Jerai

Tempat: Gunung Jerai / Tarikh: 22 Feb 2013 (Jumaat) / Masa: 11.30 pagi-4.00 petang (pendakian), 5.30 petang-7.00 petang (turun) / Jumlah peserta: 9 Orang
Ragam kawan-kawan


Menghilangkan penat

Berhenti di kawasan air terjun

Misi berjaya. Tiba di bawah pada jam 7 petang

Chalet di kawasan Titi Hayun

Selasa, 19 Februari 2013

“Sesungguhnya aku sangat mencintaimu. Tetapi…”

Cintanya tetap teguh pada Yang Satu walaupun mendapat tentangan daripada ibunya. Ibunya bertindak mogok lapar agar Saad Bin Abi Waqas kembali kufur. Saad diberi dua pilihan sama ada meninggalkan agama Islam atau bakal melihat ibunya mati kerana kelaparan. Saad Bin Abi Waqas tidak berganjak dari pendiriannya dalam mempertahankan akidah. Lalu ibunya nekad melakukan mogok lapar sehingga tubuh ibunya menjadi lemah dan tidak bermaya. 


Antara novel yang diterbitkan mengenai Saad Bin Abi Waqas
Saad Bin Abi Waqas cuba memujuknya agar menghentikan usaha itu. Ibunya tetap berkeras dan bersumpah dia akan terus  berlapar sehingga hujung nyawa selagi anaknya belum kembali kepada ajaran nenek moyangnya.

Saad Bin Abi Waqas meluahkan kata-kata kepada ibunya, “Ibu! Sesungguhnya aku sangat mencintaimu. Tetapi aku lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya. Demi Allah! Andainya ibu memiliki seribu nyawa, lalu nyawa itu keluar dari tubuh ibu satu per satu (untuk memaksaku keluar dari agamaku) sungguh aku tidak akan meninggalkan agamaku kerananya.” Oleh sebab kata-katanya itu, ibunya pun mengalah dan berhenti dari terus berlapar.

Allah berfirman yang bermaksud “Dan jika keduanya (ibu-bapa) memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku…,”

Ahad, 3 Februari 2013

Panahan dari Bukit Uhud

Dari Bukit Uhud, berdirinya susuk tubuh yang setia akan arahan seorang ketua. Terserlah semangat perwira yang mencintai syahid. Matanya memandang tajam ke arah musuh, mencari  ruang untuk melepaskan anak panah dari busur. Kehebatannya dalam bidang memanah tidak disangkal. Setiap panahannya pasti mengenai sasaran. Rasulullah pernah berdoa untuknya dengan berkata “ Ya Allah tepatkanlah panahannya dan kabulkan doanya.” Dialah Saad Bin Abi Waqas, sahabat yang digelar Singa Yang Menyembunyikan Kuku.



Talian saudara dengan Rasulullah

Sa'ad ibn Abi Waqas merupakan bapa saudara kepada Nabi Muhammad S.A.W dari sebelah pihak ibunya iaitu Aminah binti Wahab. Dia merupakan suku kaum Bani Zuhrah dan berasal dari kota Makkah. 

Tiga malam sebelum Islam

Dirinya diselubungi gelap gelita. Dalam keadaan gelap pekat itu, tiba-tiba muncul cahaya yang terpancar dari bulan purnama. Lantas dia mengikuti sinar bulan tersebut. Kelihatan tiga orang sahabat telah terlebih dahulu mengikuti bulan tersebut. Sahabat tersebut ialah  Zaid bin Harith, Ali bin Abu Talib dan Abu Bakar As-Siddiq. Dia mengajukan soalan kepada mereka “ Sejak bila kamu semua berada di sini?” “Baru sebentar tadi,” balas mereka. Begitulah mimpi yang berlaku kepada Saad Bin Abi Waqas tiga hari sebelum dia menyatakan keIslamannya.

bersambung...