Sabtu, 22 Jun 2013

Jamuan Kesyukuran Kumpulan Qasidah Soutul Fateh

Pada 21 Jun 2013, satu majlis kesyukuran telah diadakan bagi meraikan kejayaan kumpulan qasidah Soutul Fateh dalam melakukan beberapa persembahan. Kumpulan yang baru ditubuhkan hampir sebulan yang lalu, telah bergerak di bawah naungan Pusat Islam, UUM. 

Jutaan terima kasih dan jazakumullahu khoir kepada semua yang menyokong dan membantu dalam membangunkan kumpulan Soutul Fateh terutamanya rakan-rakan seperjuangan, Ummi Khairiah, dan tenaga kerja Pusat Islam yang lain.






Selasa, 18 Jun 2013

Bersama Syeikh Nuruddin di UUM

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Untuk kali kedua, kumpulan qasidah Soutul Fateh membuat persembahan sempena program bersama Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki. Bersyukur kerana dapat menimba pengalaman yang cukup berharga selain mendapat ilmu yang berguna dari Tuan Guru Syeikh Nuruddin sendiri. Program telah berlangsung pada 18 Jun 2013 bertempat di Masjid Sultan Badlishah, UUM.

Poster program
Menyambut kedatangan Syeikh Nuruddin
Persembahan qasidah sebagai pembukaan majlis
Masa untuk makan tengah hari
Kenangan bersama Tuan Guru
Beliau dan anaknya
Pengarah Pusat Islam mengiringi kepulangan beliau
 
Bergambar seusai program

Persediaan Sebelum Persembahan Qasidah







Sabtu, 15 Jun 2013

Persembahan Qasidah Pertama

Alhamdulillah, kumpulan qasidah Soutul Fateh telah menerima jemputan dari Sahabat Masjid Imam Asy-Syafie pada 15 Jun 2013 yang lepas. Ini merupakan pesembahan pertama bagi kami. InsyaAllah pada 18 Jun akan datang akan membuat persembahan yang kedua sempena program bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari.


Kenangan bersama rakan-rakan seangkatan di Hotel EDC

Persembahan buat kali pertamanya

Bersama sahabat satu negeri Pahang