Jika disebut 16 September pasti ramai yang mengetahui tarikh keramat tersebut ialah peristiwa penting bagi rakyat Malaysia. Namun apakah kita mengetahui terdapat peristiwa lain yang berlaku pada tarikh yang sama. 16 September merupakan tarikh pemergian seorang pejuang Islam yang bernama Umar Mukhtar atau dikenali sebagai Singa Padang Pasir.
Rasa ingin tahu
![]() |
Umar Mukhtar-Tokoh pejuang kemerdekaan |
Hati
saya berbisik, “siapa Umar Mukhtar ni?” Perasaan ingin tahu itu tercetus
sewaktu emak memberitahu bahawa terdapat sebuah filem yang berkisarkan tentang
sejarah pahlawan Libya itu. “ Semasa lawatan di Kedutaan Libya dulu, mak pernah
tengok filem Umar Muktar ni. Masa tu masih student
UKM lagi,” kata emak.
Bila
layan Youtube, tiba-tiba terdetik nak
tengok cerita tentang Umar Mukhtar. Namun line
internet yang slow memudarkan
semangat untuk terus menonton filem tersebut hingga ke hujung cerita. Mujur
filem tersebut ditayangkan di TV Al-Hijrah pada februari lalu. Dapat juga
mengetahui cerita dari pangkal hingga ke hujung kisah.
Rasa ingin tahu akan sejarahnya
tidak terhenti sekadar itu sahaja. Saya cuba mencari informasi mengenai sejarah
kehidupannya di laman maya. Beliau merupakan seorang perwira yang tidak pernah
mengenal erti kekalahan. Biarpun mati di tali gantung, namun beliau tetap
mempertahankan prinsipnya. Seperti satu kata-kata “Biar hidup mulia, mati
sebagai syuhada.” Bila mengenangkan perjuangannya, saya teringat satu kata-kata
sahabat nabi kepada golongan kuffar, “kami mencintai syahid sebagaimana kamu
mencintai hidup.”
Apa kaitan Singa Padang Pasir
dengan Anthony Quinn?
![]() |
Anthony Quinn |
Bagi
mengenang jasa Umar Mukhtar yang telah bermati-matian dalam membebaskan Libya
dari cengkaman kuasa Itali, sebuah filem mengenainya telah diterbitkan. Kos
pembikinan filem tersebut telah
ditanggung oleh kerajaan Libya. Pada masa itu Libya masih dipimpin oleh
Muammar Gaddafi.
Teraju utama bagi filem ini ialah
Anthony Quinn yang memainkan watak sebagai Umar Mukhtar. Tanggapan awal saya
sewaktu mula-mula menonton filem ini, Anthony Quinn ialah seorang yang bebangsa
Arab yang beragama Islam. Namun sangkaan itu meleset. Beliau merupakan salah
seorang pelakon dari Hollywood.
Teknologi yang canggih berjaya merubah
wajahnya seakan-akan seperti Umar Mukhtar. Ini menghidupkan lagi watak beliau
sebagai Lion of the Desert.
![]() |
Lawan tetap lawan biarpun syahid di tali gantung. |
916 dan tali gantung
Setelah
bertahun-tahun bertempur dengan pihak Itali, akhirnya Umar Mukhtar telah ditangkap
dan dihukum bunuh. 16 September 1931 telah menyaksikan Umar Mukhtar telah
syahid di tali gantung. Peristiwa bersejarah itu disaksikan sendiri oleh
penduduk negara Libya.
Walaupun pejuang Islam itu dizalimi
dan disakiti, namun namanya tetap segar di ingatan jutaan orang hingga ke hari
ini. Berbanding dengan musuh yang telah menyakiti dan menghukum Umar Mukhtar, mungkin hanya
beberapa orang sahaja yang masih mengenali dan mengingatinya. Sesungguhnya Allah
telah mengangkat martabat orang-orang yang berjuang di jalanNya di mata
manusia.