Sabtu, 16 Mac 2013

Kulliah Mingguan DPP TM

Bermula pada 16 Mac 2013 Exco Kerohanian DPP TM telah menganjurkan satu majlis ilmu atau kulliah mingguan. Pada minggu pertama dan ketiga iaitu pada hari Selasa program ini akan diisi oleh Ustaz Shahril, pegawai Pusat Islam UUM yang mengupas berkaitan hukum Feqah. Manakala pada minggu kedua dan keempat iaitu pada hari Sabtu, pengajian Hadis 40 akan disampaikan oleh Ustaz Mokhtar Ayub, Imam Masjid Sultan Badlishah UUM. Program tersebut akan dijalankan selepas solat Maghrib bertempat di Bilik Galeri DPP TM.

Kulliah mingguan dimulakan dengan pengajian Hadis 40 yang disampaikan oleh Ustaz Mokhtar

        Program tersebut merupakan kesinambungan kulliah mingguan yang pernah dianjurkan oleh Exco Kerohanian DPP TM sebelum ini. Namun ia menampilkan kelainan kerana kulliah tersebut tidak hanya tertumpu kepada pengajian Feqah, bahkan turut menyentuh berkenaan Hadis Nabi.

Antara mahasiswa yang hadir

      Diharapkan mahasiswa dan mahasiswi dapat mengutip seberapa banyak ilmu sebagai bekalan dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan