Sabtu, 2 Mac 2013

Riadah Penghubung Ukhuwah

Aktiviti: Main Boling / Tarikh: 2/3/2013 (Sabtu) / Tempat: Jitra Mall / Masa: 4 petang-5 petang / Bilangan peserta: 10 orang 


ALHAMDULILLAH. Segala puji bagi Allah. Segala perancangan berjalan dengan lancar. Sudah lama berhasrat untuk bermain boling bersama team USRAH, akhirnya Allah mengizinkan jua. 

Bila bermain boling bersama mereka (mutarabbi), ia menggamit kenangan indah bersama ikhwah yang dulu pernah berada dalam satu perjuangan. Program Daurah, Jaulah, dan Riadah pada tiga tahun yang lepas sangat memberi kesan kepada diri. 

Masih terngiang hingga ke hari ini. Melalui program Daurah, Jaulah, dan Riadah kami diberi tugasan untuk menghabiskan satu juzuk Al-Quran. Kami mengambil kesempatan untuk membaca Al-Quran sementara menunggu giliran untuk bermain boling. Tidak dinafikan, ramai yang memandang pelik. Mungkin jarang, mungkin juga tidak pernah orang membaca Al-Quran dalam Pusat Boling, ditambah dengan suasana yang riuh rendah.


Di sini ianya bermula

Bakal berentap

Tunjuk bakat

Muka-muka yang ceria

Sabar menunggu giliran

Bergambar seusai bermain boling

Semoga ukhuwah sentiasa bertaut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan