![]() |
Gabungan antara 3 universiti-bakal pencetus perubahan |
Alhamdulillah
program Gemilang Muamalat-Pemangkin Aspirasi Kampus (GEMPAK) dapat jua
direalisasikan. Hampir dua minggu masa berlalu. Pasti meninggalkan banyak
memori indah. Ukhuwah yang terjalin antara 3 universiti (UUM, UM dan USIM) takkan
dilupakan begitu sahaja.
Walaupun banyak cubaan dan halangan yang terpaksa
dilalui bagi merealisasikan program tersebut, namun ia tidak mematahkan
semangat kami sebagai penganjur untuk meneruskan program tersebut. Segala
kekurangan, kelemahan dan masalah itu adalah perkara biasa dalam menguruskan
sesuatu program.
Walaupun ada pihak yang melontarkan kritikan, namun saya menganggap ianya sebagai satu teguran atau pandangan yang membina untuk memperbaiki
kelemahan dan kesalahan yang lalu. Memang benar, kita tidak boleh memuaskan
hati semua pihak, tetapi apa yang penting kita telah lakukan sedaya upaya untuk
memberikan yang terbaik.
![]() |
Antara sahabat yang turut menjayakan program dalam slot "explorace"-Jazakumullah |
Pernah seorang rakan meluahkan perasaannya kepada
saya, " Sepanjang saya melaksanakan tugas, walaupun sebaik mungkin namun
kerja saya tidak pernah dihargai orang,” katanya dengan nada kecewa. Saya membalas, “ Kalau kita melakukan
sesuatu untuk dihargai dan dipandang oleh manusia, namun manusia itu tidak
menghargai apa yang kita lakukan maka hanyalah kekecewaan yang kita dapat.” “Tetapi
kalau kita melakukan kerana Allah, biarpun kerja kita diperlekeh dan tidak
dihargai, kita tidak akan kecewa. Kerana kita mengharapkan balasan dan rahmah
dari Allah, bukan dari manusia,” tambah saya lagi.
Sepanjang saya memegang jawatan di kampus ini,
memang banyak pengalaman pahit dan manis yang dirasai. Kata orang, itulah
rencah kehidupan. Pengalaman adalah guru. Pengalaman juga adalah bekal untuk
kita menghadapi masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan