Sabtu, 23 Februari 2013
Selasa, 19 Februari 2013
“Sesungguhnya aku sangat mencintaimu. Tetapi…”
Cintanya
tetap teguh pada Yang Satu walaupun mendapat tentangan daripada ibunya. Ibunya
bertindak mogok lapar agar Saad Bin Abi Waqas kembali kufur. Saad diberi dua
pilihan sama ada meninggalkan agama Islam atau bakal melihat ibunya mati kerana
kelaparan. Saad Bin Abi Waqas tidak berganjak dari pendiriannya dalam
mempertahankan akidah. Lalu ibunya nekad melakukan mogok lapar sehingga tubuh
ibunya menjadi lemah dan tidak bermaya.
![]() |
Antara novel yang diterbitkan mengenai Saad Bin Abi Waqas |
Saad
Bin Abi Waqas cuba memujuknya agar menghentikan usaha itu. Ibunya tetap
berkeras dan bersumpah dia akan terus
berlapar sehingga hujung nyawa selagi anaknya belum kembali kepada
ajaran nenek moyangnya.
Saad
Bin Abi Waqas meluahkan kata-kata kepada ibunya, “Ibu! Sesungguhnya aku sangat
mencintaimu. Tetapi aku lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya. Demi Allah! Andainya
ibu memiliki seribu nyawa, lalu nyawa itu keluar dari tubuh ibu satu per satu
(untuk memaksaku keluar dari agamaku) sungguh aku tidak akan meninggalkan
agamaku kerananya.” Oleh sebab kata-katanya itu, ibunya pun mengalah dan
berhenti dari terus berlapar.
Allah
berfirman yang bermaksud “Dan jika keduanya (ibu-bapa) memaksamu untuk
mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu,
maka janganlah kamu mentaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan
baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku…,”
Ahad, 3 Februari 2013
Panahan dari Bukit Uhud
Dari
Bukit Uhud, berdirinya susuk tubuh yang setia akan arahan seorang ketua.
Terserlah semangat perwira yang mencintai syahid. Matanya memandang tajam ke
arah musuh, mencari ruang untuk
melepaskan anak panah dari busur. Kehebatannya dalam bidang memanah tidak disangkal.
Setiap panahannya pasti mengenai sasaran. Rasulullah pernah berdoa untuknya
dengan berkata “ Ya Allah tepatkanlah panahannya dan kabulkan doanya.” Dialah
Saad Bin Abi Waqas, sahabat yang digelar Singa Yang Menyembunyikan Kuku.
Talian
saudara dengan Rasulullah
Sa'ad
ibn Abi Waqas merupakan bapa saudara kepada Nabi Muhammad S.A.W dari sebelah
pihak ibunya iaitu Aminah binti Wahab. Dia merupakan suku kaum Bani Zuhrah dan
berasal dari kota Makkah.
Tiga
malam sebelum Islam
Dirinya
diselubungi gelap gelita. Dalam keadaan gelap pekat itu, tiba-tiba muncul
cahaya yang terpancar dari bulan purnama. Lantas dia mengikuti sinar bulan tersebut.
Kelihatan tiga orang sahabat telah terlebih dahulu mengikuti bulan tersebut.
Sahabat tersebut ialah Zaid bin Harith,
Ali bin Abu Talib dan Abu Bakar As-Siddiq. Dia mengajukan soalan kepada mereka “
Sejak bila kamu semua berada di sini?” “Baru sebentar tadi,” balas mereka. Begitulah
mimpi yang berlaku kepada Saad Bin Abi Waqas tiga hari sebelum dia menyatakan
keIslamannya.
bersambung...
bersambung...
Langgan:
Catatan (Atom)