Ahad, 3 Februari 2013

Panahan dari Bukit Uhud

Dari Bukit Uhud, berdirinya susuk tubuh yang setia akan arahan seorang ketua. Terserlah semangat perwira yang mencintai syahid. Matanya memandang tajam ke arah musuh, mencari  ruang untuk melepaskan anak panah dari busur. Kehebatannya dalam bidang memanah tidak disangkal. Setiap panahannya pasti mengenai sasaran. Rasulullah pernah berdoa untuknya dengan berkata “ Ya Allah tepatkanlah panahannya dan kabulkan doanya.” Dialah Saad Bin Abi Waqas, sahabat yang digelar Singa Yang Menyembunyikan Kuku.



Talian saudara dengan Rasulullah

Sa'ad ibn Abi Waqas merupakan bapa saudara kepada Nabi Muhammad S.A.W dari sebelah pihak ibunya iaitu Aminah binti Wahab. Dia merupakan suku kaum Bani Zuhrah dan berasal dari kota Makkah. 

Tiga malam sebelum Islam

Dirinya diselubungi gelap gelita. Dalam keadaan gelap pekat itu, tiba-tiba muncul cahaya yang terpancar dari bulan purnama. Lantas dia mengikuti sinar bulan tersebut. Kelihatan tiga orang sahabat telah terlebih dahulu mengikuti bulan tersebut. Sahabat tersebut ialah  Zaid bin Harith, Ali bin Abu Talib dan Abu Bakar As-Siddiq. Dia mengajukan soalan kepada mereka “ Sejak bila kamu semua berada di sini?” “Baru sebentar tadi,” balas mereka. Begitulah mimpi yang berlaku kepada Saad Bin Abi Waqas tiga hari sebelum dia menyatakan keIslamannya.

bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan