Riadah Penghubung Ukhuwah kembali lagi pada 22 Mac 2013 (Jumaat). Kali ini kami mewakili team Halaqah Qudwah (Muamalat) bersama-sama turun ke gelanggang bola tampar yang bertempat di Pusat Sukan UUM untuk beriadah.
Tanpa disangka pada hari tersebut kami ditakdirkan untuk bertemu dengan grup bola tampar Kolej Pertanian Malaysia cawangan Negeri Kedah. Kebetulan mereka tidak cukup ahli untuk bermain. Jadi kami memenuhi pelawaan mereka untuk bermain bersama. Ia menjadikan pelawanan persahabatan antara ahli BDQ Muamalat dan para pelajar Kolej Pertanian.
 |
Antara Ikhwah BDQ Muamalat yang hadir |
 |
Akhi Akrimin bersama sebahagian pelajar Kolej Pertanian Malaysia (Kedah) |
 |
Gelanggang Bola Tampar Pusat Sukan UUM |
 |
Kelihatan cuaca yang baik |
Semoga ukhuwah terus bertaut disamping memenuhi objektif
tarbiyah iaitu untuk melahirkan daie yang sihat tubuh badan. Pepatah
Arab ada menyebut "sesungguhnya akal yang sihat dari tubuh badan yang
sihat."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan