“Erti hidup pada memberi.” Demikian ungkapan yang tertera di laman
maya Saifulislam.com kepunyaan Ustaz Hasrizal. Kata-kata yang sarat dengan
mesej yang berguna walaupun ringkas.
Kehidupan akan terasa kosong andai tiada amal dan bakti yang kita
beri. Kita harus merebut peluang dalam melakukan kebaikan sebelum ajal menjemput
pergi. Seperti senikata yang terkandung dalam lagu nyanyian Allahyarham Zubir
Ali, “Banyak bakti yang dapat diberi sepanjang hidup yang sesingkat ini…”
Lantaran itu, saya menyambut peluang untuk turut serta bersama rakan-rakan
dari UUM dalam menjalankan kem motivasi sebagai fasilitator di SMA Maarif, Besut, Terengganu. Saya
percaya inilah salah satu platform untuk saya mencurahkan bakti kepada
masyarakat khususnya golongan pelajar yang bakal menuju ke menara gading.
![]() |
Antara sekolah yang tersenarai dalam catatan sejarah saya |
![]() |
Kenangan bersama para pelajar SMA Maarif 12-14 Julai 2012 |
Ruang dan peluang yang ada saya gunakan untuk berkongsi ilmu dan
pengalaman. Bagi saya hidup ini tidak perlu lokek ilmu kerana sebanyak mana yang
kita beri tidak akan luak walaupun sedikit.
Sepanjang program selama 3 hari 2 malam, banyak ilmu dan pengalaman
yang berjaya dikutip. Namun hati sedikit terusik apabila mendapat tahu kami
antara pihak yang terawal yang melakukan program seperti ini di SMA Maarif. Harapan
saya semoga kami dapat membuka jalan bagi generasi yang akan datang untuk melakukan
perkara yang sama di bumi Terengganu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan